IKHLAS

Setiap amalan bermula dengan niat. Justeru, jika niat kerana Allah maka amalan menjadi ibadat tetapi ia hanya adat jika sebaliknya. Setiap perbuatan harus disertai niat untuk mendapat keredaan Allah.

Sunday, December 13, 2009

IKHLAS

Ikhlas itu ibarat ‘semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap’. Kehidupan orang yang ikhlas tidak akan menempuh apa-apa yang mendukacitakan. Sebab mereka sentiasa redha dan bahagia dengan pelbagai kurniaan kebaikan dan keredhaan yang Allah mahu dan tentukan.

Niat merupakan gerak hati yang ruang lingkupnya luas. Ia perlu berkekalan dijaga sama ada sebelum memulakan sesuatu ibadat, semasa melakukannya atau setelah selesai beribadah.

Gerak hati juga menentukan keikhlasan niat seseorang beramal. Hanya amal yang ikhlas sahaja boleh dikatakan sebagai sebaik-baik dan sesempurna ibadat.

Langkah mula untuk mendapat ikhlas dan sebai-baik amal ialah benar-benar menjadi hamba Allah. Untuk menjadi ‘Hamba Allah’ yang sebenar perlu bermujahadah dan istiqamah.

Apabila telah menjadi hamba Allah sebenar dan tidak menjadi hamba kepada selain Allah maka akan menjadi orang yang ikhlas (Muhsin atau Ulul Albab).

Firman Allah : “Oleh itu (wahai Muhammad) sampaikanlah khabar yang menggembirakan kepada hamba-hamba-Ku (Para hamba-Ku itu) iaitu mereka yang berusaha mendengar perkataan (pengajaran Al-Quran) lalu mereka berbuat baik : mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah dari golongan Ulul Albab.” (al-Zumar : 17-18).

No comments:

Post a Comment